Catatan Semalam - Puisi
Sunday, August 19, 2018
Sunday, June 10, 2018
Sunday, June 3, 2018
Cinta kasih (Mimpi Serasa Nyata)
Cinta Kasihku...Mimpi Serasa Nyata
Suatu malam aku bermimpi:
Tatkala memikirkan cinta
begitu sepi dan kosong
dalam ibadahku bertanya:
Siapakah tuhan?
sudi menemani sekeping hati sunyi
dan kehilangan
sudi menemani sekeping hati sunyi
dan kehilangan
mengharap
dan terus mengharap
dan terus mengharap
sehinggalah terlupa kata-kata itu
Suatu malam aku bermimpi:
Pada satu sore
aku ikuti keluarga
pergi sebuah perkampungan
di mana dirimu berada
tidak kukenal pasti dalam mimpi itu
desa yang mana
aku sendirian tanpa teman bermain
kau datang
menarik tangan
mengajakku bermain
kuturuti kehendakmu
kita bermain di pohon rambutan
begitu gembira
sepi bertukar keriangan
Tetiba
kau minta izin pergi
mataku menanyakan sesuatu
matamu melihat seolah berjanji
berteman kembali
sambil tersenyum
melambai
bangkit dari lena
aku ikuti keluarga
pergi sebuah perkampungan
di mana dirimu berada
tidak kukenal pasti dalam mimpi itu
desa yang mana
aku sendirian tanpa teman bermain
kau datang
menarik tangan
mengajakku bermain
kuturuti kehendakmu
kita bermain di pohon rambutan
begitu gembira
sepi bertukar keriangan
Tetiba
kau minta izin pergi
mataku menanyakan sesuatu
matamu melihat seolah berjanji
berteman kembali
sambil tersenyum
melambai
bangkit dari lena
mimpi itu begitu mengangguku
betapa aku jadi rindu
pada bayanganmu
betapa aku jadi rindu
pada bayanganmu
sekembalinya ke kampung
kutanya akan bonda tercinta
kemanakah pernah kau bawa diriku ini
di mana waktu itu
aku bertemu denganmu sore itu
bermain dan berjanji
akan bersua kembali.
Hampa bila ibuku geleng kepala.
di mana waktu itu
aku bertemu denganmu sore itu
bermain dan berjanji
akan bersua kembali.
Hampa bila ibuku geleng kepala.
Tuesday, May 29, 2018
Rintihan Pendosa Hati
Kadang-kadang
terlalu memikirkan
orang mengecewakan hati
tetapi tidak memikirkan
hati-hati kecewa
kerana kita.
Adilkah itu?
mereka punya hati bungkam
kerna memikirkan
rasa cinta
sesama insan
dan insan itu adalah
kau
yang sering bertanya
akan cinta diri
kewalangan
insan malang
jangan sampai jadi dua kali
Alangkah rumitnya
jalan-jalan kehidupan ini
tuhan.
Maafkan.
Maafkan.
ZAR
terlalu memikirkan
orang mengecewakan hati
tetapi tidak memikirkan
hati-hati kecewa
kerana kita.
Adilkah itu?
mereka punya hati bungkam
kerna memikirkan
rasa cinta
sesama insan
dan insan itu adalah
kau
yang sering bertanya
akan cinta diri
kewalangan
insan malang
jangan sampai jadi dua kali
Alangkah rumitnya
jalan-jalan kehidupan ini
tuhan.
Maafkan.
Maafkan.
ZAR
Terima Kasih Sahabat
Terima kasih sahabat
kerana sudi menyambut salamku
walau bagai tamu
walau seketika cuma
melayani insan yang kehilangan
mencari-cari dalam kekaburan.
Terima kasih sahabat
kerana kutahu
salam diberi bukan menenang hatimu
malah keresahan demi keresahan
dan kian hari
membuatku bersalah
amat berdosa.
Terima kasih sahabat
alangkah...
berdosanya aku tuhan
memberi salam padanya
yang tidak pernah kau izinkan
satu hak pun.
Terima kasih sahabat
justeru...
beberapa kali suara hatiku merisik
dan terus membungkam
meminta dan memohon
agar sendiri membiarkanmu
terus bahagia
bersama insan-insan tercinta.
Terima kasih sahabat
izinkan...
kupergi
dalam setiap titik hidupmu.
Terima kasih sahabat
aku pergi
alangkah benarnya kata-katamu
bahawa ini soal hati
yang tidak pernah main-main
ujiannya.
Terima kasih sahabat
walau tidak semudah ucapan
walau tidak seindah harapan
kan kucuba melangkah dengan senyuman
setiap kali dalam hari-hariku
walau ia begitu sinis sekali.
kerana sudi menyambut salamku
walau bagai tamu
walau seketika cuma
melayani insan yang kehilangan
mencari-cari dalam kekaburan.
Terima kasih sahabat
kerana kutahu
salam diberi bukan menenang hatimu
malah keresahan demi keresahan
dan kian hari
membuatku bersalah
amat berdosa.
Terima kasih sahabat
alangkah...
berdosanya aku tuhan
memberi salam padanya
yang tidak pernah kau izinkan
satu hak pun.
Terima kasih sahabat
justeru...
beberapa kali suara hatiku merisik
dan terus membungkam
meminta dan memohon
agar sendiri membiarkanmu
terus bahagia
bersama insan-insan tercinta.
Terima kasih sahabat
izinkan...
kupergi
dalam setiap titik hidupmu.
Terima kasih sahabat
aku pergi
alangkah benarnya kata-katamu
bahawa ini soal hati
yang tidak pernah main-main
ujiannya.
Terima kasih sahabat
walau tidak semudah ucapan
walau tidak seindah harapan
kan kucuba melangkah dengan senyuman
setiap kali dalam hari-hariku
walau ia begitu sinis sekali.
Friday, May 25, 2018
Doa Hari Ini
Ya Zat Allah yang membolak balikkan hati, Jadikanlah hatiku tetap pada agama Mu.
Ya Allah, ku Pohon Rahmat Mu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa.
Ampunkanlah Ya Allah.
Jadikanlah Aku hamba Mu yang Bersyukur.
Amin.
Ya Allah, ku Pohon Rahmat Mu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa.
Ampunkanlah Ya Allah.
Jadikanlah Aku hamba Mu yang Bersyukur.
Amin.
Monday, May 21, 2018
Hati Bungkam
Pada satu sore
seorang teman mengajakku hadir Jamuan Makan Malam Press
terpandang dia sedang kejar-kejaran dengan sang pria
seperti sepasang merpati
terukir seribu kebahagian di wajah itu
teringat surat jemputan penikahanmu sebulan lalu
pasti sedang berbulan madu, desis hatiku
tetiba hatiku jadi terbungkam
penuh ketawa menghina
merah pekat berdarah
menjadi benar-benar hitam
lalu masuklah kami ke dewan jamuan
menunjuk tanda nama Press Trainee
sambil mata ini meleret
terbayang dia cukup bahagia
bahkan tidak sedari tika itu
aku menyisir di sebelahmu
Di dalam dewan...
datang pelayan, hot or cool, she said
ku tetap control mancho, orang kampunglah katakan
what!!!, my heart said
memikirkan takdir diri, kuterbungkam gelap
hatiku benar-benar hitam
kubiarkan, kubiarkan semua hancur berkecai
Tapi kau tidak teman
terus sahaja mulutmu terpacul, HOT
kukehairanan
pelayan letak, terus kau hirup
lalu kutanya, mengapa
diam, kutanya lagi, kenapa
diteguknya lagi air setan itu, cuma sedikit, tapi mabuknya
ku tanya lagi, kenapa
Lalu insan peneman mabuk mengumam kecewa
kasih tidak kesampaian dek larangan keluarga, katamu
dari Batu Pahat
cantik katamu, bak kacukan arab
tanyaku terhenti dengan ayatmu, diam, jangan sampai aku tampar...
lalu kau berlalu pergi
tinggalkanku sendiri
lalu aku jadi bungkam lagi
hitam benar-benar hitam
Tidakkah kau tahu
baru sebentar tadi kulihat insan yang kucintai
berkejar-kejaran merai bulan madunya
tidakkah kau tahu
betapa hitam terbungkam hatiku penuh sialan tika ini
Sesudah kerusi itu kau kosongi
duduk seorang pelayan di situ
seolah memahami gelora hitam terbungkam hati penuh sialan
itupun jua masih kukatakan padanya, saat ini hatiku benar-benar bungkam hitam
masih jua dia pujuki, tapi hati mulai gelora berdarah
kujerkah, malam ini aku tidak mahu dekat dengan perempuan manapun
dia pergi, cemas
beberapa gelas memenuhi perutku malam itu
jelas dan tentu, mabuk jus oren.
Malam itu, tepat jam dua pagi
jiwaku meronta amarah, sinis sekali, mundar mandir keresahan
kubiarkan kaki melangkah, gerimis turun tidak sedikitpun kumerasa basah
melangkahi Lorong Haji Taib, fikirku, tidak mahu sendiri
tapi terlalu pagi, tiada sesiapapun
dari kejauhan kulihat orang bermain muzik, berjualan ubat
terpana, terpaku, terhenti aku di situ
kudengar lagu dan irama sang pengemis malam
lalu akulah antara mereka
hati-hati hitam terbungkam gelap
jadi terhibur tika dan kala itu
Yang pasti malam itu
kita sahabat yang mengemis sedikit rasa riang
dari hati hitam terbungkam.
6 Ramadhan
seorang teman mengajakku hadir Jamuan Makan Malam Press
terpandang dia sedang kejar-kejaran dengan sang pria
seperti sepasang merpati
terukir seribu kebahagian di wajah itu
teringat surat jemputan penikahanmu sebulan lalu
pasti sedang berbulan madu, desis hatiku
tetiba hatiku jadi terbungkam
penuh ketawa menghina
merah pekat berdarah
menjadi benar-benar hitam
lalu masuklah kami ke dewan jamuan
menunjuk tanda nama Press Trainee
sambil mata ini meleret
terbayang dia cukup bahagia
bahkan tidak sedari tika itu
aku menyisir di sebelahmu
Di dalam dewan...
datang pelayan, hot or cool, she said
ku tetap control mancho, orang kampunglah katakan
what!!!, my heart said
memikirkan takdir diri, kuterbungkam gelap
hatiku benar-benar hitam
kubiarkan, kubiarkan semua hancur berkecai
Tapi kau tidak teman
terus sahaja mulutmu terpacul, HOT
kukehairanan
pelayan letak, terus kau hirup
lalu kutanya, mengapa
diam, kutanya lagi, kenapa
diteguknya lagi air setan itu, cuma sedikit, tapi mabuknya
ku tanya lagi, kenapa
Lalu insan peneman mabuk mengumam kecewa
kasih tidak kesampaian dek larangan keluarga, katamu
dari Batu Pahat
cantik katamu, bak kacukan arab
tanyaku terhenti dengan ayatmu, diam, jangan sampai aku tampar...
lalu kau berlalu pergi
tinggalkanku sendiri
lalu aku jadi bungkam lagi
hitam benar-benar hitam
Tidakkah kau tahu
baru sebentar tadi kulihat insan yang kucintai
berkejar-kejaran merai bulan madunya
tidakkah kau tahu
betapa hitam terbungkam hatiku penuh sialan tika ini
Sesudah kerusi itu kau kosongi
duduk seorang pelayan di situ
seolah memahami gelora hitam terbungkam hati penuh sialan
itupun jua masih kukatakan padanya, saat ini hatiku benar-benar bungkam hitam
masih jua dia pujuki, tapi hati mulai gelora berdarah
kujerkah, malam ini aku tidak mahu dekat dengan perempuan manapun
dia pergi, cemas
beberapa gelas memenuhi perutku malam itu
jelas dan tentu, mabuk jus oren.
Malam itu, tepat jam dua pagi
jiwaku meronta amarah, sinis sekali, mundar mandir keresahan
kubiarkan kaki melangkah, gerimis turun tidak sedikitpun kumerasa basah
melangkahi Lorong Haji Taib, fikirku, tidak mahu sendiri
tapi terlalu pagi, tiada sesiapapun
dari kejauhan kulihat orang bermain muzik, berjualan ubat
terpana, terpaku, terhenti aku di situ
kudengar lagu dan irama sang pengemis malam
lalu akulah antara mereka
hati-hati hitam terbungkam gelap
jadi terhibur tika dan kala itu
Yang pasti malam itu
kita sahabat yang mengemis sedikit rasa riang
dari hati hitam terbungkam.
6 Ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)